suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia India Lantik Amar Jadi Pengarah Urusan

Amar Abrol.

KUALA LUMPUR: AirAsia India melantik Amar Abrol sebagai Pengarah Urusan (MD) syarikat penerbangan itu selain memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Pengerusi AirAsia India, S. Ramadorai, berkata Amar telah dilantik sebagai CEO syarikat penerbangan tersebut pada  April 2016, menggantikan Mittu Chandilya.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Amar yang telah dipilih sebulat suara oleh lembaga AirAsia India sebagai MD selain memegang jawatan sebagai CEO buat masa ini," kata beliau.

AirAsia Bhd di Malaysia dan konglomerat di India, Tata Sons, masing-masing memiliki kepentingan sebanyak 49 peratus dalam AirAsia India, manakala dua peratus yang selebihnya dimiliki oleh pengarah Ramadorai dan R. Venkataramanan.

Buat masa ini AirAsia India terbang ke 11 destinasi dengan memiliki dua hab masing-masing di Bangalore dan New Delhi yang meliputi Chandigarh, Jaipur, Guwahati, Imphal, Pune,Goa, Visakhapatnam, Kochi dan Hyderabad. - BERNAMA

AirAsia India

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain