suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Upin Ipin Pupuk Minat Bidang Pertanian

PUTRAJAYA: Pemilihan watak animasi popular, Upin dan Ipin sebagai maskot Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) menjadi platform untuk mendidik dan memupuk minat kanak-kanak dalam bidang pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penglibatan Upin dan Ipin melalui segmen Kampung Durian Runtuh dalam MAHA 2016 memberi dimensi baharu iaitu aspek pendidikan pertanian pada penganjuran kali ini.

"MAHA 2016 kali ini bukan sahaja untuk golongan dewasa yang terlibat dalam bidang pertanian tetapi memperkenalkan kepentingan pertanian kepada kanak-kanak.

"Antara aktiviti di Kampung Durian Runtuh yang akan dijayakan Upin dan Ipin ialah persembahan pentas, kenali tanah dan tanaman, kenali perosak dan kawan kepada tanaman serta hargai bumi," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin dan majlis pratonton filem Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng di sini malam Rabu.

Tambah Ahmad Shabery, segmen Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sempena musim cuti sekolah kali ini.

MAHA 2016 yang bertemakan Makanan Kita, Masa Depan Kita akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dari 1 hingga 11 Disember ini. - BERNAMA

Ahmad Shabery Cheek, Upin Ipin, MAHA

Artikel Lain