suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Untung Sebelum Cukai Destini Bagi Suku Kedua Baik RM11.82 Juta

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Destini Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2016 naik kepada RM11.82 juta berbanding  RM5.19 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

Perolehan meningkat kepada RM108.61 juta daripada RM50.91 juta sebelumnya, menurut syarikat penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Isnin.

Sementara itu, bagi tempoh enam bulan, keuntungan sebelum cukai kumpulan meningkat kepada RM21.44 juta berbanding RM6.49 juta yang dicatatkan setahun sebelumnya manakala perolehan lebih berganda kepada RM190.36 juta daripada RM88.86 juta pada sebelumnya.

Peningkatan berkenaan disebabkan terutamanya oleh pertambahan permintaan bagi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih serta perkhidmatan pembuatan marin," katanya.

Mengenai prospek, kumpulan menjangka keputusan operasinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016 akan memuaskan dengan persekitaran mencabar dan operasi yang kompetitif. 

Destini

Artikel Lain