suria

Scania Serah Trak Baharu Kepada Viva Haulage

KUALA LUMPUR: Scania (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar trak dan bas, menyerahkan trak baharu Scania P410LA6x2MSZ kepada Viva Haulage Sdn Bhd, operator pengangkutan berat Malaysia baru-baru ini.

Perolehan kali pertama trak baharu tersebut bertujuan meningkatkan keupayaan dalam perniagaan pengangkutan kontena untuk ejen penghantaran dan penghantar muatan utama syarikat tersebut, kata Scania Malaysia dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pengarah Viva Haulage, Tee Wah Meng menyifatkan keputusan untuk memperoleh trak baharu Scania itu sebagai tepat.

"Perniagaan kami kecil berbanding operator pengangkutan berat yang lain, dan kami memberi tumpuan penuh kepada rakan-rakan strategik dalam sektor logistik daripada merintis industri logistik secara umum.

"Kedudukan ini membolehkan kami mencatat kadar pertumbuhan dua angka sejak syarikat mengambil langkah agresif pada 2014," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jualan Scania Asia Tenggara, Idros Puteh berkata Scania berjanji untuk memberi sokongan padu kepada Viva dalam membantunya mencapai tahap keuntungan maksimum dalam tempoh jangka panjang.

Scania berkata trak P410LA6x2MSZ mempunyai enjin berkuasa dengan tork lebih tinggi pada revolusi lebih rendah, dan dengan itu menyenangkan pemanduan dan meningkatkan keberkesanan kos.

"Kotak gear manual berautomasi Scania Opticruise dapat mengurangkan geseran dan hakisan klac dan synchromesh, manakala reka bentuk ergonomik stesen pemandu memberi keselesaan yang muktamad," katanya.

Scania

Artikel Sebelum

Penjenamaan Semula Etika

Artikel Berikut

Artikel Lain