Perodua Bezza Dibuka Untuk Tempahan Mulai 16 Julai - Niaga | mStar

Perodua Bezza Dibuka Untuk Tempahan Mulai 16 Julai

KUALA LUMPUR: Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun, akan dibuka untuk tempahan mulai Sabtu ini.

Dalam kenyataan pada Khamis, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata sedan tersebut, Perodua Bezza, akan dilancarkan pada 21 Julai, 2016.

"Sedan tersebut adalah hasil daripada kerjasama dan pemindahan teknologi dengan rakan kongsi kami, Daihatsu Motor.

"Ia dengan bimbingan mereka yang kami kini dapat berdiri sendiri dengan model baharu ini dan ia merupakan sedan yang sesuai dengan keperluan setiap rakyat Malaysia," katanya.

Aminar berkata sedan tersebut merupakan model transformasi kedua Perodua  (selepas Axia) dan kereta global pertama syarikat dengan varian 1.3L Advance yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.

"Nama sedan tersebut mengambil inspirasi daripada perkataan Beza dalam Bahasa Malaysia, yang bermakna berbeza dan ia adalah sedan EEV pertama Perodua  yang jelas berbeza," katanya.

Perodua Bezza dikeluarkan di kilang yang diperakui dari segi EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, mempunyai kemudahan yang amat moden dengan lebih 75 peratus kadar automasi.

Kilang yang sama turut mengeluarkan Perodua Axia.

Model terkini Perodua itu mempunyai lima varian iaitu 1.0L dengan transmisi  manual dan automatik; 1.3L "Premium X" (transmisi manual dan automatik); dan,  1.3L "Advanced Version" transmisi automatik.

"Dengan ciri-ciri yang boleh didapati dalam kenderaan mewah yang digabungkan dalam Perodua Bezza, ditambah dengan rekaannya yang menarik, perjalanan yang lancar, berkualiti pada harga yang berpatutan, meningkatkan kedudukan eksport kami akan menjadi realiti," kata Aminar.

Model tersebut mempunyai enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam -- 'sugar brown', biru laut, 'lava red', 'ebony black', 'glittering silver' dan 'solid ivory white'.

Perodua Bezza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain