suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Permulaan Malaysia Menang Anugerah Keusahawanan Asia 2016

KUALA LUMPUR: Syarikat permulaan Malaysia, BorderPass, muncul sebagai pemenang dalam persaingan akhir Anugerah Keusahawanan Asia (AEA) 2016 yang berlangsung pada 7 Jun di Tokyo, Jepun.

Putra Business School (PBS) dalam satu kenyataan berkata, keunikan 'pasport awan' BorderPass telah mengkagumkan anggota panel dan membolehkan ia membawa pulang satu juta yen (100 yen = RM3.78) serta menerima ruang pejabat percuma selama dua tahun di 31 Ventures oleh Mitsui Fudosan.

"Malaysia merupakan antara negara pertama di dunia yang menggunakan pasport biometrik dan pintu automatik di lapangan terbang.

"Teknologi tersebut merangkumi pengecaman iris dan muka 3D, cap 10 jari tanpa sentuhan, pengimbas haba serta sistem biometrik lain," katanya.

Acara itu yang memasuki tahun kelima, menampilkan 27 syarikat permulaan dari 14 negara.

Ia dianjurkan oleh Future Design Centre Inc Association manakala hos bersama adalah Bahagian Perhubungan Korporat Universiti, University of Tokyo.

Pengurus Pembangunan Komuniti dan Impak PBS dan ahli jawatankuasa pencalonan bagi Malaysia, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff serta Ketua Pegawai Eksekutif BorderPass, Faisal Ariff, menerima anugerah tersebut.-- Bernama


BorderPass, AEA

Artikel Lain