suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malindo Air Wujudkan Semula Perkhidmatan Harian Laluan KLIA-KB, Miri

KUALA LUMPUR: Malindo Air telah mewujudkan semula perkhidmatan untuk laluan di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Kota Bharu dan Miri.

Tempahan dibuka untuk penerbangan dua kali sehari ke Kota Bharu dan penerbangan sekali sehari ke Miri yang akan bermula serentak pada 1 Julai, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di sini.

Tambang promosi untuk sektor Kuala Lumpur-Kota Bharu bermula daripada RM69 untuk kelas ekonomi dan RM409 untuk bisnes, sehala dan termasuk semua.

Untuk penerbangan Kuala Lumpur-Miri, tambangnya RM79 untuk kelas ekonomi dan RM669 untuk kelas bisnes, sehala dan termasuk semua.

Tambang promosi itu termasuk faedah seperti elaun bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan dan hidangan ringan.

Untuk tempahan dan pertanyaan, orang ramai boleh layari www.malindoair.com, atau Pusat Khidmat Pelanggan di [email protected] atau hubungi +603-7841 5388 mulai jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari. - BERNAMA

Malindo Air, Miri, KB, KLIA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain