Laporan: Usaha Kerajaan Merapatkan Jurang Digital - Niaga | mStar

Laporan: Usaha Kerajaan Merapatkan Jurang Digital

KUALA LUMPUR: Dalam usaha merapatkan jurang digital, kerajaan meningkatkan usaha untuk menyediakan kebolehcapaian perkhidmatan jalur lebar merangkumi kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar.


Menurut Laporan Ekonomi 2014/2015 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, setakat Jun 2014, kadar purata penembusan jalur lebar isi rumah mencatatkan 67.2 peratus dengan kadar tertinggi direkodkan di Kuala Lumpur dengan 115.7 peratus.

Kerajaan merancang memperluaskan jalur lebar berkelajuan 100 mega bit sesaat terutama di kawasan bandar, yang memanfaatkan 2.8 juta isi rumah.

Projek kerjasama awam-swasta itu dijangka akan meningkatkan purata penembusan jalur lebar isi rumah nasional kepada 75 peratus menjelang akhir 2015, menurut laporan itu.

Kadar penembusan jalur lebar isi rumah di Sabah dan Sarawak masing-masing 52.8 peratus dan 53.4 peratus.

"Usaha telah diambil untuk membina kabel dasar laut yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan kebolehcapaian, kebolehpercayaan dan kemampuan mengakses Internet di negeri-negeri tersebut," jelas laporan itu.

Laporan itu menyebut subsektor komunikasi berkembang sebanyak 10 peratus dalam tempoh separuh pertama 2014 berbanding 9.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas, berikutan peningkatan berterusan dalam langganan telefon selular serta penggunaan tinggi daripada perkhidmatan data.

Langganan telefon selular berkembang sebanyak 2.8 peratus kepada 43.8 juta dan mencapai kadar penembusan sebanyak 145.5 peratus pada akhir Jun 2014, dengan segmen prabayar mendominasi 82 peratus daripada jumlah langganan.

Selain itu, penggunaan perkhidmatan data yang lebih tinggi disokong oleh peningkatan langganan generasi ketiga (3G) sebanyak 18 juta pelanggan pada 2013. Ini berbanding 14.5 juta pelanggan pada 2012.

Sementara itu, bagi membolehkan masyarakat luar bandar menikmati faedah teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), sehingga akhir Jun 2014, sebanyak 4,737 Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia (KTW1M) dan 431 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah diwujudkan di seluruh negara, menurut laporan itu.


Laporan Ekonomi , digital

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain