suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Qatar Airways Perkenal Penerbangan Terus Doha-Phuket

KUALA LUMPUR: Qatar Airways yang kini mengadakan penerbangan bagi laluan Doha-Phuket setiap hari melalui Kuala Lumpur, akan meningkatkan perkhidmatannya ke Thailand dengan pengenalan penerbangan terus ke Phuket berkuat kuasa 26 Okt ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Akbar Al Baker dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan itu membolehkan pengembara dari seluruh dunia ke destinasi pelancongan popular itu pada masa yang lebih singkat melalui rangkaian penerbangan antarabangsanya yang semakin berkembang.

Katanya penerbangan terus ke Phuket itu akan beroperasi dengan pesawat Airbus A330 dalam dua kelas iaitu konfigurasi 24 tempat duduk di kelas bisnes dan 236 tempat duduk dalam kelas ekonomi.

Qatar Airways telah memulakan operasi di Thailand lebih 14 tahun lepas dengan penerbangan terus menghubungkan Doha dengan Bangkok.

Syarikat penerbangan itu kini terbang tiga kali sehari ke ibu negara Thai itu dan akan meningkatkan penerbangan kepada empat kali sehari mulai 16 Dis ini.

Qatar Airways melancarkan penerbangan hariannya dari Doha ke Phuket melalui Kuala Lumpur pada 2010.


Qatar Airways

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain