suria

Unit TNB Menang Anugerah Pengendali Penyejukan Daerah/Pemilik Aset Terbaik

KUALA LUMPUR: TNB Engineering Corporation (TNEC), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), dinamakan sebagai Pengendali Penyejukan Daerah/Pemilik Aset Terbaik pada Anugerah Penyejukan Daerah Asia 2014 di Persidangan Penyejukan Daerah Asia Pasifik Tahunan Ke-3 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Anugerah Pengendali Penyejukan Daerah/Pemilik Aset Terbaik yang berprestij itu mengiktiraf pengendali penyejukan daerah dengan amalan baik dan inovatif bagi skim tenaga daerah sedia ada mereka atau pengembangan skim tenaga daerah mereka ke kawasan dan sektor baharu, menurut TNB dalam kenyataan, Sabtu.

Pengarah Urusan TNEC, Mohd Sabri Zain menerima anugerah tersebut daripada Pengarah Urusan Fleming Gulf, Silvester Pullman.

Fleming Gulf merupakan penganjur Persidangan Penyejukan Daerah Asia Pasifik.

Lebih 130 pegawai, terdiri daripada pemimpin industri, pembekal, pemaju utama, perunding dan agensi kerajaan menyertai persidangan itu, acara penyejukan daerah terbesar bagi rantau Asia Pasifik.

Antara projek utama TNEC ialah sistem penyejukan daerah bagi klia2, lapangan terbang tambang rendah dengan 15 juta penumpang setahun dan wad perubatan Institut Jantung Negara. 


 

Artikel Lain