suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2013 Catat Pertumbuhan Terbesar BMW Malaysia

Gerhard Phils

KUALA LUMPUR: Kumpulan BMW Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan terbesar bagi tahun 2013 dengan menjual model keluarannya 14 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Sejumlah 7,974 unit model BMW, MINI dan Motorrad terjual sepanjang tahun lalu menerusi 36 pejabat jualan/ejen Kumpulan BMW Malaysia di seluruh negara berbanding 6,988 unit bagi tahun 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BMW Malaysia, Dr Gerhard Pils berkata, mereka telah meraikan kejayaan tersebut menerusi satu majlis anugerah kepada wakil-wakil jualan di Kelab Petroleum Malaysia di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, Dr Pils berkata yang Kumpulan BMW Malaysia sekali lagi berjaya menduduki kedudukan nombor satu bagi kenderaan segmen premium di negara ini.

Dr. Pils menambah, salah satu faktor utama kejayaan tersebut disumbangkan oleh kerjasama erat yang terjalin antara semua 36 wakil jualan BMW di seluruh negara.

Katanya, kesemua wakil jualan BMW Malaysia berjaya mencatatkan jualan dan pertumbuhan yang memberansangkan.

Pada majlis itu, seramai 27 individu dari pelbagai peringkat telah menerima anugerah daripada Kumpulan BMW Malaysia di atas prestasi cemerlang mereka.

Pertumbuhan BMW, Pendpatan BMW

Artikel Sebelum

Taiwan Beli LNG Petronas

Artikel Berikut

Artikel Lain