suria

Pengarah urusan stres di pejabat, balik rumah pikul tugas ketua keluarga pula! Wanita penat jadi dominan, suami asyik jawab ‘tak tahu’

Isteri rasa terbeban dengan suami yang tidak membantu dalam pengurusan keluarga. -Gambar hiasan

DALAM dunia hari ini, semakin ramai wanita berada dalam profesion kerja yang memerlukan kebijaksanaan mereka sebagai pembuat keputusan.

Tidak hairanlah jika golongan ini, khususnya yang sudah berkahwin terbawa-bawa sikap dominan ini sehingga ke rumah dari segi pengurusan keluarga.

Namun bukan semua kaum Hawa suka menjadi dominan, seperti mana wanita ini sehingga dia menyuarakan hasrat untuk memfailkan cerai terhadap suami.

Pengarah urusan di sebuah syarikat ini memberikan alasan penat kerana perlu sentiasa membuat keputusan bagi pihak suaminya termasuk dalam urusan rumah tangga.

Suami isteri perlu sama-sama berbahagi tugas dalam membesarkan anak-anak. - Gambar hiasan

Suami isteri perlu membahagikan tugas dalam membesarkan anak-anak. -Gambar hiasan

Selama empat tahun berkahwin, dia sudah cuba berbincang dengan suami bahkan mengajak untuk berjumpa dengan pakar terapi keluarga namun lelaki itu enggan kerana menganggap perkahwinan mereka berada dalam keadaan baik.

“Saya mahu cerai. Saya bukan orang yang baik. Saya terlalu dominan untuk dia (suami). Sukar untuk saya tak mainkan watak managing director (pengarah urusan) di rumah.

“Penat mental di pejabat buat keputusan. Di rumah pun suami serahkan segala keputusan kepada saya. Dia (suami) perlu seseorang untuk jadikan dirinya agar lebih dominan, mungkin seseorang yang lebih muda?” luahnya.

Katanya lagi, setiap kali dia bercerita tentang masalah di pejabat, suaminya akan mengambil jalan mudah dengan menjawab dirinya tidak tahu apa-apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami naik pangkat, isteri tak suka! Syak bos jadikan kambing hitam syarikat, salah langkah terjerat hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup kontraktor projek juta-juta musnah selepas kahwin dua, kekayaan hilang satu persatu! Dulu berjaya atas sokongan isteri pertama

Bercerita lanjut, ibu kepada dua anak ini memberitahu dia mengambil alih pengurusan syarikat diwarisi bapanya manakala suaminya pula bekerja di syarikat lain.

Jelasnya lagi, tahun ini pengurusan syarikatnya amat mancabar.

“Dia (suami) kerja dengan orang lain dengan gaji besar. Tapi hanya tahu buat kerja dia sahaja. Banyak benda dalam dunia ni dia tahu daripada saya.

“Hidup suami bangun tepat waktu nak pergi kerja, balik kerja main dengan anak-anak dan tidur,” katanya, hampa.

Hidup suami bangun tepat waktu nak pergi kerja, balik kerja main dengan anak-anak dan tidur.

ISTERI

Situasi dirinya yang terpaksa memikul beban sebagai ketua di tempat kerja dan rumah membuatkan dia tertekan dan mudah marah.

“Saya jadi defensive. Sikit-sikit nak marah. Lepas saya bebel atau marah, suami tiada reaksi terus buat macam tiada apa berlaku. Tiba-tiba tanya nampak tak telefon dia?

“Nak tidur sekali pun tak boleh. Barang-barang dia (suami) selalu hilang, mak dia pun cakap dia cuai. Perkara macam ni terhimpun buat saya bengang dan hilang hormat,” katanya lagi.

Namun apa yang menjadi persoalan wanita ini, dia tidak mempunyai alasan kukuh untuk bercerai selain orang luar melihat dia dan suami sebagai pasangan bahagia.

Ramai wanita yang terbeban dengan tanggungjawab perlu dipikul. - Gambar hiasan

Ramai wanita berkerjaya terbeban dengan tugas pejabat dan rumah tangga yang perlu dipikul. -Gambar hiasan

Katanya, jika beri jawapan tidak serasi pasti dirinya akan dipersalahkan.

“Orang nampak I garang dan suami innocent. I tengah menaip ni pun menangis.

“Tadi balik kerja menangis sebelah dia (suami). Rasa lemas sangat,” ujarnya.

Apa yang lebih mengejutkan apabila dia mendedahkan bahawa suaminya pernah terkantoi curang ketika dia sedang hamil 10 bulan anak kedua sekali gus menjadi antara faktor dirinya hilang rasa cinta terhadap lelaki berkenaan.

Malah, tiga tahun lalu, tiga kali suaminya selingkuh ketika dia bersalin dan sedang menjalani tempoh berpantang.

“Ketika saya hamil 10 bulan, saya bawa anak pertama lari dari rumah dan menginap di hotel selama dua malam sebab terkesan dengan sikap suami. Dia (suami) fikir saya sudah melupakan peristiwa ini tapi sebenarnya tidak.

“Sejak itu saya rasa nak cerai. Namun, saya terleka dengan kerja dan tidak fikir soal perkahwinan kami.

“Tapi sekarang, saya sedang 'down' dan banyak masalah kerja perlu diuruskan. Di rumah pula saya kena fikir, saya tiada pembantu,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain