suria

Silap langkah terus sampai bawah! Wanita redah air deras setiap kali hujan lebat... Netizen pula menyakat macam ‘waterpark’

Hujan lebat mengakibatkan aliran air deras seperti air terjun.

KEBANYAKAN lokasi terutama di Lembah Klang sejak kebelakangan ini sering dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan.

Bagaimanapun, pemandangan yang agak rare pula dirakam di sebuah kampus, baru-baru ini.

Menerusi satu video yang tular di aplikasi TikTok, kelihatan air hujan mencurah-curah menuruni tangga di kawasan berbukit di kampus berkenaan, seolah-olah ia kelihatan seperti taman tema.

"Musim dia sobat (sahabat)," demikian kapsyen pada video yang dimuat naik akaun @wawaushop, merujuk kepada musim hujan pada ketika ini.

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua pelajar perempuan sedang menuruni tangga dengan penuh berhati-hati berikutan keadaan air yang agak deras.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sudah jatuh cinta” - Masuk bidang pendidikan khas hanya sebab mak ayah suka, guru tak menyesal tolak jurusan kejuruteraan

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan betul! Berkali-kali bakal guru rakam video, dah dapat visual perfect tiba-tiba berlaku insiden tak diingini...

Pemilik video berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan lokasi rakaman tersebut diambil.

Namun berdasarkan komen warga maya, difahamkan video tersebut dirakam di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) di Kuala Lumpur.

Datang waterpark tapi tak meluncur rugilah.

NETIZEN

"Inilah yang kitorang hadap kalau hujan lebat," tulis pemilik video pada ruangan komen.

Sehingga kini ia meraih lebih 730,000 jumlah tontonan di aplikasi berkenaan.

komen waterpark

Antara komen netizen.

Video tersebut turut dibanjiri dengan komen lucu daripada netizen yang terhibur melihat kewujudan 'taman tema' di dalam kampus tersebut.

"Berapa ringgit tiket nak masuk waterpark ni?

"Cabaran buat bakal guru... lepas ni posting masuk sekolah pakai rakit, ada latihan sikit.

"Tak payah pergi mandi air terjun jauh-jauh. Macam ni pun dah feel macam air terjun.

"Datang waterpark tapi tak meluncur, rugilah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain