suria

“Gilalah sekarang” - Ramai terkejut sejak bila ada upah potong ayam? Kena cincang sendiri di rumah kalau tak mampu

Resit itu tular di Facebook sehingga dihujani komen netizen.

DALAM situasi ekonomi yang tidak menentu, kenaikan harga barang sudah pasti menjadi kebimbangan utama masyarakat kita.

Pada Ahad, tular satu resit pembelian di laman Facebook yang memaparkan harga upah potong ayam di sebuah kedai yang dianggap tidak masuk akal.

Berdasarkan foto yang dikongsi, pelanggan tersebut membeli udang putih seberat 1.27 kilogram (kg) dengan harga RM44.63.

ayam2

Beberapa individu lain turut mendedahkan dikenakan caj sama ketika membeli ayam.

Selain itu, dia turut membeli seekor ayam segar seberat 4.06kg dengan harga RM36.18.

Apa yang mengejutkan, kedai tersebut mengenakan caj RM1 bagi setiap kilogram ayam yang dibeli pelanggannya.

Dalam resit itu, pelanggan tersebut dikenakan upah potong sebanyak RM4.06 untuk ayam seberat 4.06kg yang dibelinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menu udang 16.2kg untuk 6 orang, pelanggan bayar RM3,200! Agak-agak dah kena scam atau sebab 'berat mulut'?

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan kongsi sotong restoran mamak berharga RM100, ramai persoal nak tayang resit atau kereta?

Berdasarkan maklumat pada resit, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu di sebuah kedai di Sungai Besar, Selangor.

Salinan resit berkenaan dikongsi di laman Facebook Viral Media Johor pada Ahad dengan kapsyen "upah potong ayam ikut kilo rupanya" sehingga menerima ratusan komen netizen.

Menurut netizen, mereka terkejut dengan caj yang dikenakan dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas premis berkenaan.

"Yang ni saya percaya. Mak saudara saya minggu lepas dia beli ayam lima ekor. Upah potong RM10.

Apa susah, beli ayam seekor potong sendiri kat rumah. Bukan susah, benda senang. Nak jimat buat sendiri. Kalau malas bayar la mahal-mahal.

NETIZEN

"Nampak dekat resit tulis Sungai Besar. Kedai mana la agaknya? Sekilo seringgit, kalau berat ayam 45kg, maksudnya upah potong RM45?

"Hari tu saya pun kena macam ni. Ayam 1kg RM8.90. Upah potong RM2.60 setiap 1kg.

"Beli tadi dah ada caj perkhidmatan potong ayam pula dah RM2.60. Sebelum ni mana ada.

"Memang gilalah sekarang ni. Cincang ayam pun ikut kilo. Aduhai kesian mereka yang anak ramai dan gaji kecil.

ayam3

Kenaikan harga barang ternyata membimbangkan netizen.

"Akan datang upah turun ayam dari lori pun ada," tulis seorang lagi netizen berseloroh.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut memberi cadangan agar pembeli memotong sendiri ayam di rumah untuk menjimatkan kos, sekali gus menyekat sikap tamak peniaga.

Pada masa sama, ada yang merasakan wajar dikenakan caj itu memandangkan peniaga ayam juga berada dalam keadaan tersepit dalam situasi ekonomi hari ini.

"Dah kena. Buat beli ayam besar, memang naya lah upah potong ikut berat ayam. Saya sekarang beli dan potong sendiri. Jimat dan mudah. Nak makan pun sendiri, potong je lah.

ayam4

Antara komen di laman Facebook.

"Apa susah, beli ayam seekor potong sendiri kat rumah. Bukan susah, benda senang. Nak jimat buat sendiri. Kalau malas bayar la mahal-mahal.

"Pekerja pun perlu upah. Memang tak salah dia jual murah dan caj upah potong. Dah had harga jualan, dan upah minimum lagi, kalau tak boleh terima caj potong, just beli ayam dan balik potong sendiri. Dulu free, tak semesti free selalu.

"Harga kos ayam RM9.50, harga kawalan RM8.90. Tak buat upah potong mana ada untung, rugi lagi ada la. Orang tak tahu harga kos ayam berapa memang la sedap tulis macam-macam," tulis beberapa individu lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain