suria

Video lelaki amuk marahkan Covid-19 raih hampir 2 juta tontonan... rupa-rupanya ada kisah silam wabak 2 tahun berturut-turut

Paparan skrin video yang meraih hampir dua juta tontonan di TikTok.

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki memakai gelang kuarantin berwarna merah jambu menyuarakan rasa kecewanya meraih hampir dua juta tontonan di TikTok.

Dalam rakaman pada Rabu itu, Mohammad Khaisal Nurilla, 28, baru sahaja pulang menjalani pemeriksaan kesihatan dan diarahkan menjalani kuarantin selama dua minggu kerana tersenarai sebagai kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19.

"Aku dah bosan pakai ni (gelang kuarantin), aku dah bosan pakai mask ni. Sampai bila nak berakhir Covid-19 ni?

ARTIKEL BERKAITAN: Juruvideo pertama kali sebak tengok rakaman sendiri! Tiba-tiba ditugaskan terbangkan dron rakam pengebumian pesakit Covid-19 bagi pihak keluarga arwah

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tapi bangga! Suami kongsi isterinya panas pakai sut, tak ada masa nak makan rawat pesakit Covid-19 di Arab Saudi

"Nak kerja sekejap, nak cari rezeki sekejap pun tak boleh," ujarnya penuh emosi dalam video itu.

Mesra disapa Khaisal, pembantu kedai di Wilayah Persekutuan Labuan itu mendedahkan dia juga pernah dijangkiti Covid-19 pada tahun 2020.

Khaisal tak sangka video itu akan meraih tontonan ramai.

Kali ini, dia sekali lagi diarah menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat rakan sekerja, sekali gus memberi tekanan emosi kepadanya.

"Bagi saya, memang tertekan. Nak cari duit susah, nak bagi makan untuk orang tua pun susah. Rasa tertekan sebab tak boleh kerja cari duit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dah beberapa kali saya buat swab test tahun lepas dan pernah positif Covid-19. Tahun ini kena kuarantin pula sebab jadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Sampai bila Covid-19 nak berakhir? Adakah sampai seumur hidup?

KHAISAL

"Saya buat video tu dalam kereta selepas balik dari hospital, saya tak merayau ke mana-mana.

"Selepas itu terus pulang ke rumah. Video itu sekadar luahan hati saya. Tak sangka tontonan sampai 1.8 juta," ujarnya kepada mStar.

Kata Khaisal lagi, dia turut menerima pelbagai komen netizen selepas video itu tular.

Biarpun kecil hati dengan segelintir komen, dia tetap bersyukur dengan sokongan orang ramai terhadapnya.

"Banyak komen menyakitkan hati. Mereka belum rasa apa yang saya rasa, belum kena susah hidup positif Covid-19.

Kata Khaisal, dia tertekan dengan situasi yang menimpa dirinya.

"Video itu sekadar luahan hati, nak ingatkan orang luar bahawa Covid-19 memang wujud. Saya juga syukur sebab ramai bagi kata semangat.

"Sampai bila Covid-19 nak berakhir? Adakah sampai seumur hidup? Bagi orang di luar sana, tolonglah duduk di rumah.

"Keluar bila perlu sahaja dan terus patuhi prosedur operasi standard (SOP)," kata anak ketiga daripada enam beradik itu.

Kata Khaisal, dia suka membelek media sosial, menonton video YouTube dan melakukan aktiviti karaoke bagi menghilangkan bosan ketika kuarantin di kediamannya.

Kata Khaisal lagi, tiada apa yang diharapkan selain pandemik Covid-19 ini berakhir segera.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain