Kenapa ibu asyik tolong pilih kawan? Setelah kenal ramai manusia normal baru guru dapat jawapan - “Syurga itu pun ada autistik macam kita”

Deanna membuat perkongsian kisah itu menerusi laman Facebook Autisme Malaysia. (Gambar Hiasan)

TEMPAT terbaik bagi manusia autistik seperti kami ini adalah 'bersunyi'. Jika buka mulut dan berterus-terang nanti orang marah.

Demikian kata Deanna Chee menerusi nukilannya di laman Facebook Autisme Malaysia yang mengundang hiba dalam kalangan pembaca.

Dalam perkongsian panjang lebarnya, Deanna berkongsi pelbagai kisah keperitan sepanjang dia membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun berlalu, suatu malam anak autisme ajak ibu saudara ke kubur ibunya hanya untuk peluk nisan - “Kenapa umi meninggal?”

ARTIKEL BERKAITAN: Si cilik autisme pertama renang 1km di Laut Cina Selatan

Selain tidak mempunyai ramai kawan sejak kecil, dia juga pernah dicederakan serta ditipu.

"Dari kecil saya tak punya ramai kawan. Ada kawan pun my mum yang pilihkan. Ini boleh kawan, itu jangan kawan. Ketika itu saya tak ada idea, kenapa tak boleh kawan. Kenapa my mum larang saya untuk dekati beberapa orang.

"Masa saya di sekolah tadika, pernah kena pukul kepala sampai berdarah. Masih ingat lagi ketika itu darah bertitisan ke baju. Kawan lelaki saya pukul dengan botol air di dahi dengan botol hadiah Milo.

"My mum menangis kerana nampak luka saya berdarah lebat (banyak). Dan saya ingat lagi, my mum nak saman budak itu. Nak pukul budak itu. Tapi my dad tak bagi. Ya, saya ingat lagi... dia kata pergi hospital dan jahit. Tak payah cari gaduh," ujar Deanna.

Jelasnya, insiden itu berlaku kerana dia tidak membenarkan pelajar itu meminjam krayon serta melihat lukisan yang dihasilkannya.

Deanna tak dapat melupakan insiden kepalanya berdarah sewaktu zaman sekolah tadika akibat dipukul rakan. (Gambar Hiasan)

Tidak terhenti di situ, Deanna juga pernah menjadi mangsa curi wang sewaktu di sekolah menengah.

Setelah mengadu kepada seorang guru, suspek yang mencuri wang itu turut mengugut untuk memukulnya dari luar kelas.

Biarpun kini sudah bergelar guru, Deana turut dituduh sebgai kera sumbang.

"Ketika bekerja menjadi seorang guru, saya tidak bergaul dengan ramai orang. Dunia saya ialah bangunan pra sekolah, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan murid pra

"Habis kelas, kebanyakan guru dah balik kecuali kerani, guru besar dan tukang kebun tetapi saya masih seorang diri melukis mural bangunan pra," ujarnya.

Paling diingati, Deanna juga pernah menjadi mangsa tipu di media sosial apabila dia diperdaya sehingga meminjamkan sejumlah wang kepada dua individu.

Kita ni dik, manusia autistik. Kita adalah 'OKU'. Yang mungkin mempermainkan kita ialah manusia normal dan waras.

DEANNA CHEE

"Pernah dua kali ditipu di media sosial. Seorang wanita PM (private message) pinjam duit kerana dia dan anaknya kebuluran. Dia baru saja ditinggalkan suami. Nak pinjam RM1,000, saya pinjamkan. Minta lagi anak saudara bantu bank in.

"Dan seorang lagi lelaki PM, kawan Facebook sahaja. Dia kata emaknya mati, nak balik kampung. Saya pinjamkan RM300 kerana katanya kampung jauh. Ya, saya bantu. Saya ingat semua story ini," luahnya.

Kata Deanna, segala peristiwa yang berlaku membuatkan dia perlahan-lahan mengerti statusnya sebagai seorang individu autistik,

Malah katanya, ada juga yang pernah marah kerana penulisannya di Facebook sedangkan ia tidak ditujukan kepada sesiapa.

"Saya pernah menulis di sini. Di Facebook ini.Tulisan tak tujukan pada sesiapa tetapi ada seorang itu tuduh saya menulis tentang dia. Bila kata tak buat begitu, dia mengadu pada orang lain pula. Maka saya terima. Mungkin tulisan seorang autistik tak sebaik orang normal.

Deanna mengakui pernah dimarahi kerana berkongsi nukilan di laman Facebook. (Gambar Hiasan)

"Walaupun bercakap pasal ketuhanan, orang tetap tuduh itu sindiran. Jadi, seorang autistik kena sedar... autistik ialah hanya autistik.

"Now I know. Rupanya ketika kecil dan sampai sekolah menengah my mum pilihkan kawan tu kerana dia tahu ada yang boleh terima dan tidak saya dalam komuniti normal," ujarnya.

Menurut Deanna lagi, dia membuat perkongsian itu setelah membaca satu lagi kisah mengenai seorang autistik yang tidak mempunyai kawan sebagaimana dikongsi dalam laman Facebook sama.

Dia juga mengimbas kisah diperdaya sejumlah wang menerusi Facebook. (Gambar Hiasan)

"Luahannya ringkas tetapi menyayat hati. Beliau meluahkan bahawa tak ada orang nak berkawan dengannya. Jadi apabila membaca luahan seorang autistik dewasa itu tak ada kawan, saya mengerti. Kita ni dik, manusia autistik.

"Kita adalah 'OKU'. Yang mungkin mempermainkan kita ialah manusia normal dan waras. Yang tipu duit kita mungkin saja seorang yang bergelar manusia berpelajaran tinggi.

"Janganlah bimbang, dik. Jadilah seorang manusia yang tetap berbuat yang hak, dik. Jika ditanya, jawab. Jika disuruh angguk kerana tak buat salah, geleng. Jika disuruh angguk kerana ada berbuat baik, angguk.

"Jangan ganggu orang, dik. Kita buat kerja sendiri saja. Kita buat untuk Tuhan. Kita berjalan demi Tuhan. Terus buat baik. Syurga itu pun ada autistik macam kita," tulisnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Deanna Chee, autistik, guru, emosi

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain