suria

“Rasa bersemangat nak belajar lagi” - Baru nak popular, gadis beatbox akan tinggalkan Malaysia, sambung study di UK

Video beatbox Balqis menerima lebih 800,000 tontonan di Twitter.

MANIS bertudung sambil mulutnya pantas mengalunkan pelbagai bunyi dan irama, video tutorial beatbox yang dihasilkan gadis ini sangat mencuri tumpuan ramai.

Sejak dimuat naik menerusi Twitter pada Khamis lalu, aksi bersahaja Qistina Balqis Mohd Azlin menerima lebih 800,000 tontonan di Twitter.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Balqis mengakui mula belajar seni itu sekitar tahun 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini apa yang saya suka” - Gadis jelita penuh yakin berzumba dalam MRT

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal, “Tak suka jangan follow”

"Mula-mula seronok tengok orang buat beatbox. Masa tu tengok video-video dari Vine. Lepas tengok, terdetik nak belajar.

"Jadi saya pelajari asas beatbox di Youtube, rujuk kawan saya. Mula-mula agak susah juga. Mungkin sebab tak tahu cara yang betul, setiap hari practice sampailah dapat bunyi yang betul," ujar gadis berusia 21 tahun itu.

Gembira bila dapat banyak komen positif, rasa bersemangat nak belajar beatbox lagi.

QISTINA BALQIS MOHD AZLIN

Menurut anak kelahiran Shah Alam, Selangor itu, biarpun lebih ramai lelaki yang terlibat dengan beatbox, dia tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang aneh.

Malah katanya, wujud ramai pengamal beatbox dalam kalangan wanita di seluruh dunia.

Balqis mula mendalami seni beatbox pada tahun 2015.

Mengulas video tutorial miliknya yang hampir mencapai sejuta tontonan, dia mengakui gembira apabila perkongsiannya menerima maklum balas positif.

"Saya memang tak jangka view tinggi macam ni. Masa tu tengah karaoke, dapat microphone saya buat beatbox dan upload seperti biasa.

"Gembira bila dapat banyak komen positif, rasa bersemangat nak belajar beatbox lagi," ujarnya yang turut terbuka untuk menyertai pertandingan beatbox pada masa akan datang.

Bercerita mengenai dirinya, anak sulung daripada lapan beradik itu kini sedang giat membuat persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti of Sunderland, United Kingdom.

Bakal penuntut bidang pengurusan perniagaan itu akan berangkat meninggalkan Malaysia pada 11 Oktober depan.

Balqis gembira apabila video beatbox yang dikongsi menerima reaksi positif orang ramai.

Tambah Balqis, dia juga mahu mencari peluang dan mempelajari beatbox dengan lebih mendalam apabila berada di England kelak.

"Kat sana, seni mereka lebih luas dan banyak. Mungkin boleh belajar beatbox lagi sambil melanjutkan pelajaran," ujarnya yang bercita-cita menjadi ahli perniagaan suatu hari nanti.

Dalam pada itu, posting video Balqis di Twitter turut dihujani pelbagai komen.

Selain memuji bakat seninya, tidak kurang juga yang memperkatakan kecantikan serta gaya manis Balqis yang bertudung sambil melakukan akis beatbox.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain