suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mudir madrasah jalan bertongkat bantu siasatan kes liwat, amang seksual pelajar lelaki

Mudir (tengah) ketika hadir ke mahkamah untuk mengambil perintah sambung reman. -Foto Sinar Harian

SEORANG mudir sebuah madrasah pondok disambung reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes liwat dan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki di Tumpat, Kelantan.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret Tumpat pada Jumaat.

Menurut laporan Sinar Harian, suspek berusia 46 tahun itu akan direman mulai Sabtu hingga Jumaat depan.

Sebelum ini, suspek ditahan di dalam sebuah kenderaan di tepi jalan sekitar daerah berkenaan pada pukul 4.06 petang, 29 Ogos lalu.

Tangkapan dibuat selepas seorang remaja lelaki berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis sehari sebelumnya.

Perintah sambung reman itu dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta Seksyen 5 dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Artikel Lain