suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis tingkat kawalan keselamatan terhadap keluarga Rafizi

Rafizi dalam sidang media ketika berkongsi perkembangan kes melibatkan anak tunggalnya.

POLIS mempertingkatkan kawalan untuk Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarganya berikutan serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan bahawa anggota polis akan ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan tambahan tersebut.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut," katanya kepada pemberita pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Diam, andai teruskan Aids” - Isteri Rafizi dapat mesej ugutan sehari selepas anak lelaki diserang

Menurut Shazeli, setakat ini polis telah merekodkan keterangan enam individu termasuk Rafizi, isterinya dan anak tunggal pasangan berkenaan yang juga mangsa.

Beliau juga mengesahkan anak Ahli Parlimen Pandan itu berada dalam keadaan stabil.

"Mangsa disuntik di lengan kirinya dengan picagari. Sampel darah telah diambil dan kami menunggu keputusannya," katanya lagi. 

Terdahulu pada Rabu anak lelaki Rafizi berusia 12 tahun didakwa diheret sebelum dicucuk dengan jarum suntikan secara tiba-tiba oleh seorang lelaki ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Polis kini sedang memburu dua individu disyaki terlibat melakukan serangan berkenaan. 

 

Artikel Lain