suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter TDM mendarat cemas di Kluang... 3 anak kapal cedera, patah tulang belakang

Sebuah pesawat M81-11 (Agusta A109 LOH) melakukan pendaratan cemas pada Jumaat. -Foto Facebook Geng Keselamatan Negara

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan sebuah pesawat M81-11 (Agusta A109 LOH) yang membawa tiga anak kapal melakukan pendaratan kecemasan pada pukul 1.35 pagi, Jumaat.

Ia berlaku semasa sesi Latihan Penerbangan Malam, Kursus Army Aviation Basic Officer Course di Landasan Terbang Kluang, Kem Mahkota Kluang, Johor.

Menurut kenyataan TDM, kejadian itu melibatkan seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang kru kuatermaster.

"Kesemua kru yang terlibat dalam keadaan sedar dan hasil awal pemeriksaan perubatan mengenal pasti beberapa kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat terhempas pukul 9.30 pagi, juruterbang dikenali sebagai Adam disahkan maut

"(Antaranya) seperti patah tulang belakang dan luka-luka di beberapa bahagian anggota badan serta lain-lain kecederaan yang mash belum dikenal pasti.

"Kesemua anak kapal dalam keadaan stabil dan dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom bagi menerima rawatan lanjut," ujar TDM.

Tambah TDM, satu Lembaga Siasatan akan bersidang bagi mengenal pasti punca kejadian melibatkan helikopter itu.

TDM juga memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan mendoakan agar kesemua anak kapal diberikan kesembuhan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain