suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat terhempas pukul 9.30 pagi, juruterbang dikenali sebagai Adam disahkan maut

Adam Snell maut dalam nahas sebuah pesawat ringan pada Khamis.

SEORANG juruterbang muda terkorban selepas pesawat kendaliannya terhempas di pedalaman Australia Selatan.

Pesawat Cessna 172 itu merempuh sebuah kandang berhampiran Mulgathing, kira-kira 830 kilometer (km) barat laut Adelaide sekitar pukul 9.30 pagi Khamis.

Polis, pasukan kecemasan dan kru perubatan terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk sampai ke tempat kejadian kerana jarak yang jauh.

Juruterbang dan penumpang tunggal pesawat itu, Adam Snell, 22, yang juga warga New Zealand maut dalam nahas berkenaan.

Mangsa mendapat lesen penerbangannya di New Zealand empat tahun lalu dan lulus daripada Sekolah Penerbangan Universiti Massey.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat MAS dalam penerbangan ke Bangkok alami masalah tekanan, terpaksa berpatah balik ke KLIA

Punca nahas itu kini sedang disiasat Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

Dalam pada itu, sebuah lagi pesawat turut terhempas pada hari yang sama.

Sekitar pukul 2 petang Khamis, perkhidmatan kecemasan menerima laporan pesawat ringan kedua terhempas ketika cuba mendarat di Evelyn Downs, utara Coober Pedy.

Juruterbang lelaki berusia 42 tahun dari Arcoona, diterbangkan ke Adelaide kerana mengalami kecederaan serius akibat kejadian berkenaan. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain