suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerbau terlepas ikatan serang penduduk kampung, wanita usia 40-an patah kaki

Tangkap layar video kejadian itu yang tular.

SEEKOR kerbau yang hendak dikorbankan terlepas sebelum ia mula menyerang orang ramai di Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.

Seorang wanita dalam lingkungan 40-an turut patah kaki ketika kejadian.

Sebelum itu, penduduk berkumpul di Surau Ar-Rahman Kampung Tobur untuk melakukan penyembelihan ibadah korban membabitkan lima ekor kerbau.

Salah seekor kerbau bagaimanapun terlepas kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa.

“Salah satu tali yang menambat kerbau itu terputus dan ia terlepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengguna jalan raya kecoh, 2 ekor lembu lawan arus di LDP sehari sebelum Aidiladha

“Kerbau itu kemudian berlari mengelilingi kawasan sembelihan dan menyerang penduduk kampung,” kata timbalan pengerusi surau Ali Osman Ismail.

Tambahnya, mangsa yang cedera cuba menyelamatkan anaknya apabila haiwan itu menyerangnya.

Ambulans kemudiannya dipanggil untuk membawa mangsa ke hospital.

Terdahulu, satu video tular menunjukkan penduduk kampung yang panik cuba melarikan diri daripada kerbau yang mengamuk itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain