suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga telur turun 3 sen sebiji mulai hari ini - Anwar

Harga runcit telur turun 3 sen mulai Isnin. -Gambar hiasan

HARGA runcit telur Gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan tiga sen mulai Isnin sebagai sebahagian daripada inisiatif subsidi baharu kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata harga baharu bagi telur Gred A, B dan C akan ditetapkan masing-masing pada 42 sen, 40 sen dan 38 sen bagi setiap telur.

Beliau berkata pemberian subsidi itu akan melibatkan perbelanjaan kerajaan sekitar RM100 juta, meliputi sebanyak 10 sen sebiji telur.

“Saya ingin menegaskan masalah atau isu berkaitan kos sara hidup rakyat akan terus ditangani oleh Kerajaan dengan lebih proaktif dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Harga runcit telur di Sabah, Sarawak dan Labuan akan diselaraskan mengikut zon dan daerah masing-masing, menurut Anwar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube