suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 7 tahun ditemukan maut dalam mesin basuh

Troy (gambar kecil) ditemukan maut di dalam mesin basuh. - Foto Polis

SELEPAS kira-kira dua jam dilaporkan hilang, kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemukan mati di dalam sebuah mesin basuh.

Troy Khoeler dilaporkan hilang dari rumahnya di Spring, Texas pada pukul 5.20 pagi.

Ketika ditemui, mangsa berpakaian lengkap.

Pihak polis bagaimanapun enggan mendedahkan punca kematian kerana masih dalam siasatan.

"Kami masih belum mengetahui punca kejadian, tetapi akan membuat siasatan menyeluruh.

"Dia mungkin maut kerana terperangkap di dalam mesin basuh ataupun berkemungkinan dibunuh di tempat lain," ujarnya.

Tambahnya, dipercayai semasa kejadian ayah angkat mangsa berada di rumah manakala ibunya sedang bekerja di hospital berhampiran.

Terdahulu, siasatan yang dilakukan di rumah mangsa mendapati pintu dan tingkap tidak dibiarkan terbuka namun penggeledahan dilakukan mengikut prosedur biasa.

Mangsa merupakan satu-satunya anak angkat yang dijaga keluarga tersebut dan diambil sejak 2019. - Mirror.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain