Istana Negara: Zahid, Najib tiba dengan bas... GPS nyatakan sokongan penuh Dr M jadi perdana menteri - Semasa | mStar

Istana Negara: Zahid, Najib tiba dengan bas... GPS nyatakan sokongan penuh Dr M jadi perdana menteri

Najib dan Zahid sempat melambai ketika gambar mereka dirakam jurugambar. -foto Sin Chew

DIKEMASKINI

STATUS semasa landskap politik negara masih lagi menjadi teka-teki selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan perdana menteri pada Isnin.

Pada pagi Selasa, beberapa ahli Parlimen difahamkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong lantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim

ARTIKEL BERKAITAN: Melambai dan senyum... Dr Mahathir beredar dari Istana Negara

Ahli Parlimen PAS dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong disusuli anggota Bersatu selepas itu.

Pertemuan melibatkan ahli Parlimen parti lain seperti Umno, GPS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah dijangka menyusul kemudian.

Malah, ia berkemungkinan berlarutan ke hari esok jika masa tidak mengizinkan.

Petugas media juga sudah berkumpul di perkarangan Istana Negara sejak awal pagi.

Tengku Razaleigh antara individu terawal tiba di Istana Negara, Selasa. -foto THE STAR

Pada Isnin, Dr Mahathir menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong kira-kira pukul 1 tengah hari.

Yang di-Pertuan Agong kemudiannya berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim selepas pertemuan selama 90 minit di Istana Negara.

Jawatan itu dipangku Dr Mahathir sementara menunggu pelantikan perdana menteri baharu.

Peletakan jawatan Dr Mahathir dipercayai ada kaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Berikut perkembangan semasa di Istana Negara, pada Selasa:

Peguam Negara, Tommy Thomas memasuki perkarangan di Istana Negara pada jam 10.47 pagi melalui pintu 2. Beliau meninggalkan perkarangan istana sekitar jam 11.40 pagi.

Dilaporkan, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat tiba lebih awal sekitar jam 10.30 pagi.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga dapat dilihat.

Khairy tiba di Istana Negara dari PWTC. -foto Umno

Pada jam 11 pagi kumpulan penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa mereka sedang menunggu isyarat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap semua anggota parlimen hari ini dan esok.

Kumpulan pertama 90 orang daripada 222 ahli Parlimen akan mula menghadap Agong jam 2.30 petang.

Ia diadakan secara rawak tanpa mengikut parti dalam pertemuan bersemuka dengan baginda.

Pada jam 1.15 tengah hari Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membuat kejutan kepada pihak media dengan memberikan McDonald's untuk makan tengah hari.

Yang di-Pertuan Agong berkenan mengagihkan makanan kepada pengamal media yang menunggu di luar pintu Istana Negara.
-fotoBERNAMA

Bas khas tiba di Istana Negara jam 2.50 petang. Bas tersebut difahamkan membawa ahli Parlimen BN dan PAS untuk menghadap Agong.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengeluarkan kenyataan menyokong sepenuhnya Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri. Sokongan telah disampaikan secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri itu sendiri.

Antara yang dilihat memasuki istana adalah: Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg, MP Ketereh, Annuar Musa, MP Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor, MP Kota Tinggi, Halimah Mohd Sadique, MP Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim, MP Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, MP Parit Sulong Noraini Ahmad, MP Tanjung Piai, Wee Jeck Seng, MP Ayer Hitam, Wee Ka Siong, MP Batang Sadong, Nancy Shukry, MP Petra jaya Fadillah Yusof dan MP Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut kelihatan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bekas presidennya, Najib Razak dan naib presiden, Ismail Sabri.

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin tiba jam 3.50 petang melalui Pintu 2.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain