suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melambai dan senyum... Dr Mahathir beredar dari Istana Negara

Dr Mahathir sempat melambai ke arah pihak media ketika beredar meninggalkan Istana Negara, petang Isnin. -foto AFP

TUN Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama kira-kira 90 minit.

Kereta dinaiki Dr Mahathir keluar menerusi Pintu 1 kira-kira pukul 6.20 petang Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri, pengerusi Bersatu

Beliau hanya melambai dan tersenyum kepada pemberita yang berkumpul di luar Istana Negara.

Kereta yang dinaiki Dr Mahathir dilihat meninggalkan Istana Negara sekitar jam 6.20 petang, Isnin. -foto THE STAR

Terdahulu, Dr Mahathir menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong kira-kira pukul 1 tengah hari.

Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden pada Jumaat lalu.

Tidak lama selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri, Dr Mahathir mengumumkan mengundur diri sebagai pengerusi Bersatu.

Bersatu dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut.

Artikel Lain