suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M antara 100 individu paling berpengaruh 2019 - Time

TUN Dr Mahathir Mohamad tersenarai antara 100 individu paling berpengaruh menerusi terbitan majalah Time 2019.

Perdana Menteri merangkul gelaran itu dalam senarai bertajuk 100 Most Influential People.

Ia dikeluarkan setiap tahun oleh Time sebagai penghormatan kepada individu berpengaruh daripada pelbagai latar belakang.

Antara individu dalam bidang politik yang turut tersenarai adalah Presiden Amerika Syrikat (AS), Donald Trump; Presiden China Xi Jinping; Perdana Menteri New Zealand, Jaconda Ardern dan ahli kongres wanita AS paling muda, Alexandria Ocasio-Cortez.

Antara yang lain termasuk ikon dalam bidang sukan seperti Tiger Woods, Lebron James, pemain bola sepak Liverpool terkemuka, Mohamed Salah dan pemain tenis, Naomi Osaka.

Bagi bidang filem pula, pelakon seperti Sandra Oh, Rami Malek, Dwayne Johnson, Emilie Clarke, Yalitza Aparicio antara yang tersenarai oleh Time.



Mahathir, Time

Artikel Lain