suria

Isu bayaran RM1.4 juta, SPRM siasat bos GLC

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang didakwa membayar RM1.4 juta untuk PAS menyelesaikan kes di luar mahkamah, antara pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor The Malaysian Insight.

Portal berita itu melaporkan bahawa sumber SPRM memberitahu individu terbabit disiasat di bawah undang-undang pengubahan wang haram, berikutan dana yang dipindahkan daripada beberapa akaun dikaitkan dengannya sebelum dipindahkan kepada Rewcastle Brown.

Pada 1 Februari lalu, Abdul Hadi dan Rewcastle Brown menyelesaikan kes di luar mahkamah berhubung saman fitnah yang difailkan oleh Abdul Hadi terhadap Rewcastle Brown di London, pada 21 April 2017, serta menarik balik tuntutan berhubung artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menafikan terdapat sebarang bayaran dibuat oleh PAS atau Abdul Hadi bagi menyelesaikan kes mahkamah itu.

Sarawak Report kemudian memberitahu, sejumlah RM1.4 juta telah dibayar oleh PAS untuk menyelesaikan kes saman itu. - The Star



Artikel Lain