suria

Mayat tiga beradik perempuan dihanyutkan ombak ditemui

Nursyahida Abdullah (kiri) yang hampir pengsan dipapah suaminya Zawawi Wahab (tengah) selepas ketiga-tiga jenazah anak mereka ditemui oleh pasukan penyelamat ketika ditemui di Hospital Dungun pada Isnin. Foto: Bernama

DUNGUN: Mayat dua daripada tiga beradik perempuan yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar di Pantai Sura Tengah ditemui pagi Isnin.

Mangsa, Nurain Sufia Zawawi, 8, ditemui terapung pada pukul 7.38 pagi tadi dalam lingkungan 5km dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila, 6, dijumpai pada kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, iaitu kira-kira 1km dari tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Saifuddin Muhammad berkata gerakan mencari dan menyelamat (SAR) kakak mereka Nurain Fatma, 10, sedang giat dijalankan di kawasan lingkungan 10km dari lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Betapa hancur, luluhnya perasaan kami semua anak ‘pergi' sekali gus”

Nurain Fatma ditemui kira-kira 11.10 pagi. 

"Operasi SAR di air pagi ini bermula pada kira-kira pukul 7 pagi dan diperluaskan ke kawasan 10km melibatkan 12 anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.40 petang Ahad, tiga beradik yang berasal dari Kelantan itu datang bercuti bersama ibu saudara mereka ke Dungun manakala ibu bapa mereka berada di kampung (Kelantan).

Ketiga-tiga mereka ditarik oleh ombak besar ketika bermain di tepi pantai. -Bernama

Adik beradik, lemas

Artikel Lain