suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shukry disingkir dari Bank Rakyat

Shukry Mohd Salleh.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan pada Isnin mengumumkan penyingkiran Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) berkuat kuasa serta merta.

Dalam kenyataan pada Isnin, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof, berkata tindakan ini dibuat selaras dengan Seksyen 5 dan subperenggan 2(2) Jadual Pertama Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202) berikutan keterlibatan Shukry dalam Laporan Asal Audit 1MDB.

"Sehubungan dengan itu, apa-apa keputusan yang memberi implikasi kepada Bank Rakyat yang telah dibuat sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Bank Rakyat akan disemak semula dan dibatalkan sekiranya menjejaskan kepentingan bank," katanya.

Menteri Pembangunan Usahawan akan mengumumkan pelantikan Pengerusi Lembaga Bank Rakyat yang baharu sebaik sahaja proses pelantikan dimuktamadkan, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Bank Rakyat

Artikel Lain