SPRM minta kerajaan kaji hukuman sebat perasuah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta supaya kerajaan membuat pertimbangan dan kajian terhadap cadangan suruhanjaya itu untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, cadangan hukuman sebat itu secara langsung mencerminkan usaha serius pihaknya untuk membanteras rasuah secara habis-habisan.

"Kalau kesalahan menipu boleh dikenakan hukuman sebat mandatori apatah lagi jenayah rasuah... ia lebih ‘deterrent' (bersifat pencegahan),” katanya kepada media selepas menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan ulang tahun penubuhan SPRM ke-51 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Ahad malam.

Jelasnya buat masa ini mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009  hukuman dikenakan ke atas pesalah rasuah hanyalah sehingga maksimum penjara 20 tahun, (selain denda).

"Penjara 20 tahun ini adalah maksimum, tetapi kebanyakan mereka akan merayu di mahkamah hingga ada yang dipenjarakan selama hanya sehari," katanya.

Tegas beliau, jenayah rasuah adalah antara punca merebaknya jenayah-jenayah lain dan seharusnya hukuman sebat tersebut dikaji secara mendalam.

"Saya serius berkenaan cadangan tersebut," katanya.

Dua hari lalu, Mohd Shukri mencadangkan kerajaan meminda akta supaya perasuah dikenakan hukuman lebih berat seperti sebatan dalam usaha memerangi rasuah habis-habisan. - Bernama

SPRM, sebat

Artikel Sebelum

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain