suria

Maxis gantung bos dalam video tular

Kenyataan balas daripada Maxis berhubung isu tersebut.

PETALING JAYA: Staf syarikat telekomunikasi dalam satu video yang tular kerana tindakannya memarahi dua pekerja lain telah digantung tugas.

Maxis melalui akaun Twitter rasminya berkata, kakitangan terbabit telah digantung tugas untuk suatu tempoh yang tidak diketahui.

Paparan skrin daripada rakaman yang tular di media sosial.

"Baru-baru ini, sebuah video tentang insiden di tempat kerja telah menarik perhatian kami.

"Kami sesal dengan insiden tersebut yang kini dalam siasatan. Sementara itu, pekerja tersebut telah digantung tugas," menurut tweet tersebut pada Sabtu.

Tambah Maxis, insiden berkenaan tidak mewakili nilai-nilai yang dipegang syarikat telekomunikasi tersebut.

Nilai-nilai itu adalah bersemangat tinggi, positif dan persekitaran kerja yang harmoni untuk semua pekerja.

"Kami telah menghubungi pekerja yang terjejas dan meluahkan kekesalan terhadap insiden tersebut," jelas Maxis.

Video selama satu minit 36 saat itu menunjukkan seorang bos kepada dua pekerja wanita, termasuk seorang yang sedang hamil diherdik dan dimarahi akibat gagal mematuhi arahan.

Maxis, gantung, bos

Artikel Lain