suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar tolak desakan kahwin sejenis untuk diiktiraf di Malaysia

Anwar menyampaikan tazkirah selepas solat Zohor di Masjid Jamek, Pasir Panjang pada Ahad.

PORT DICKSON: Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan desakan pihak tertentu supaya perkahwinan  sejenis diiktiraf di negara ini.

"Apa yang mereka buat, kita tak tahu… itu dia dengan tuhan… tetapi nak paksa kita terima kahwin sesama jenis, kita tolak," katanya yang menyifatkan tidak wajar bagi golongan yang memperjuangkan agenda lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) memaksa pihak lain menerima pandangan mereka.

Ketua Umum PKR itu berkata  demikian ketika menyampaikan tazkirah Maal Hijrah di Masjid Jamek Pasir Panjang di sini pada Ahad yang turut dihadiri Pengerusi PH dan PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar.

Majlis itu dihadiri 200 penduduk tempatan dan ia program ketiga dalam siri kempennya pada Ahad selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Besar Port Dickson awal pagi Ahad dan merasmikan jamuan Tokong Dewa Chi San Liang Gong di Bukit Pelandok di sini.

PRK Port Dickson menyaksikan saingan tujuh penjuru melibatkan PH, PAS dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

SPR menetapkan 13 Okt ini sebagai hari mengundi manakala 9 Okt sebagai hari pengundian awal. - Bernama


LGBT, perkahwinan sejenis

Artikel Sebelum

Artikel Lain