suria

Lelaki lembam dijumpai mati dalam kolam terbiar selepas dilaporkan hilang

PADANG BESAR: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemukan mati dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Sahabat berhampiran Empangan Timah Tasoh, dekat sini pada Ahad.

Mayat Rozain Rosly, 30, yang merupakan OKU lembam dari  Felcra Lubuk Sireh, ditemukan dalam kolam sedalam tiga meter itu kira-kira 9 pagi Ahad selepas dilaporkan hilang sejak 7 petang Sabtu.

Abang mangsa Rosliady Rosly, 36, berkata beliau menghantar adiknya ke sebuah kandang lembu milik keluarga berhampiran kawasan kejadian pada 3.30 petang Sabtu.

Katanya, setelah menyedari Rozain hilang, beliau cuba mencarinya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kaki Bukit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Halim Yatim ketika dihubungi berkata kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat. - Bernama

maut

Artikel Lain