suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Umno bukan 'makcik bawang'

Latteffah Aliyaru Kunju.

KUALA LUMPUR: Wanita Umno tidak mahu dipanggil 'makcik bawang' sebaliknya membuktikan mereka mampu berkhidmat kepada parti.

Perwakilan Wanita, Latteffah Aliyaru Kunju berkata, mereka bukan saja pelengkap dalam kehidupan seharian tetapi juga di arena politik.

"Apa saja kerja yang Wanita tak buat. Daripada merancang, mengurus, melaksana sehingga menyusun kerusi meja juga tugas Wanita. Wanita selalu dikatakan selalu membawang.

"Bawang bukan sebarang bawang,

Makcik membawang di pasar malam,

Wanita puan-puan bukan calang-calang

Semangat tinggi menjulang-julang,"

Beliau berpantun ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno 2018, di sini, Ahad.

Latteffah turut berharap Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan cadangan untuk membuang perkataan 'Pergerakan' pada Wanita Umno.

"Saya mohon kepada Presiden agar Wanita tak digelar pergerakan tapi diiktiraf sebagai Wanita Umno saja yang diapit oleh dua sayap Pemuda dan Puteri.

"Fitrah sayap hanya ada kiri dan kanan. Macam mana kita ada tiga?," katanya. - Sinar Harian

Wanita Umno

Artikel Lain