suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duit RM100,000 milik pesara lesap diperdaya 'Inspektor Ong'

SIBU: Seorang pesara kehilangan RM100,000 selepas ditipu menggunakan taktik menakut-nakutkan mangsa.

Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata pada Ahad, mangsa berusia 65 tahun menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan dirinya daripada Kementerian Kesihatan.

"Wanita itu memberitahu mangsa terlibat dalam kes penyeludupan dadah.

"Wanita tersebut kemudian menyambungkan talian kepada Inspektor Ong dari Bukit Aman," kata Stanley.

Mangsa diberitahu oleh Inspektor Ong bahawa adalah satu kesalahan membeli dan menjual dadah.

Mangsa kemudiannya diberitahu untuk memindahkan wang ke akaun bank baharu untuk diaudit.

"Mangsa melakukan seperti diberitahu dan memindahkan RM100,000 melalui dua transaksi ke akan baharu itu.

"Dia turut memberikan akaun dan nombor pin kepada Inspektor Ong termasuk Kod Pengesahan Transaksi (TAC) untuk diaudit," tambahnya.

Keesokannya, mangsa menyedari wangnya sudah dipindahkan secara atas talian ke akaun parti ketiga.

Mangsa hanya menyedari dia diperdaya selepas Inspektor Ong memintanya untuk memasukkan lagi wang ke akaunnya agar dia boleh mendapatkan semula duit tersebut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - The Star

Artikel Berikut

Artikel Lain