Polis tembak mati dua warga asing terbabit samun

KULAI: Dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat kes samun ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis di Bukit Batu, Jalan Sedenak menghala ke Felda Sayong di sini, awal Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi itu, pihak polis yang sedang membuat rondaan di Taman Manis dekat sini mengesan sebuah kereta yang mencurigakan.

Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, beliau berkata arahan pihak polis agar suspek memberhentikan kenderaan mereka tidak diendahkan, sebaliknya bertindak merempuh kereta polis dan melarikan diri sebelum dikejar oleh polis sejauh dua kilometer, katanya.

“Kereta yang dinaiki penjenayah itu kemudiannya terbabas dan beberapa das tembakan telah dilepaskan dari kenderaan tersebut.

“Dalam usaha pihak polis mempertahankan diri, kita telah melepaskan beberapa das tembakan,” katanya

Beliau berkata kedua-dua suspek warga asing yang berusia 30-an itu maut di tempat kejadian dan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek menemukan sepucuk revolver, sebilah parang, topeng muka dan sarung tangan.

“Kita percaya suspek-suspek ini adalah mereka yang terlibat dengan kes-kes samun di sekitar Johor terutamanya di kawasan Johor Bahru, Pontian, Kulai dan kawasan sekitar,” katanya.

Menurutnya kumpulan yang dianggotai suspek dipercayai terlibat dalam kira-kira 15 kes samun dengan yang terakhir di Pontian, semalam.

Polis kini memburu saki-baki anggota kumpulan itu yang dipercayai aktif menyamun sejak enam bulan lalu, katanya menambah kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Mohd Kamarudin berkata setakat ini pada tahun ini, pihaknya menerima laporan kira-kira 50 kes samun melibatkan warga asing di negeri berkenaan. -- BERNAMA

Kulai, warga asing, samun

Artikel Sebelum

Rumah terbakar secara tiba-tiba

Artikel Berikut

Aliran tunai Felda 'hampir kosong'

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain