suria

Kerajaan mungkin tambah senarai barang dikecuali SST

Lim Guan Eng.

KOTA KINABALU: Kerajaan mungkin menambah senarai barang yang dikecualikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berdasarkan maklum balas orang ramai, menjelang akhir tahun.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kementerian hanya boleh memuktamadkan senarai baharu sekiranya ada, menjelang akhir tahun dan menggesa orang ramai membantu memberi cadangan.

"Yang paling penting adalah kesejahteraan ekonomi rakyat," katanya selepas taklimat dan forum SST di sini, Ahad.

Beliau berkata, perniagaan masih mengalami masalah susulan enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dengan ramai yang masih menunggu pulangan cukai mereka.

Sementara itu, Guan Eng berkata, pihak berkuasa berkaitan dan orang ramai perlu bekerjasama untuk membantu memantau harga barang pasca SST.

"Kami berjanji SST tidak akan menjadi beban seperti GST dan kami tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan," katanya.

Beliau turut menasihati pengguna dan perniagaan untuk menyemak maklumat terkini dan senarai barangan yang dikecualikan cukai bagi mengelakkan kekeliruan.

"Barangan seperti ikan kering, udang kering dan ikan masin adalah pengecualian SST," kata Guan Eng ketika ditanya sama ada barang-barang tersebut masih dikenakan cukai.

SST

Artikel Lain