Mara diletak bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar - Tun M - Semasa | mStar

Mara diletak bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar - Tun M

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di bawah Kementerian Pembangunan  Luar Bandar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya keputusan itu berikutan bantahan terhadap cadangan kerajaan sebelum ini yang berhasrat mengagihkan peranan agensi itu kepada beberapa kementerian kerana saiznya yang besar.

Beliau berkata peranan Mara kini telah berkembang dan terlibat dalam pelbagai bidang dan perniagaan dan bukan lagi semata-mata untuk pembangunan luar bandar.

"Saya harap kementerian itu kuat dan sanggup memikul beban yg cukup besar oleh kerana Mara bukan agensi kecil tetapi terlibat dalam pelbagai bidang termasuklah pembangunan luar bandar, perniagaan,  pelaburan, perusahaan, pelajaran dan latihan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 bagi menjawab soalan peserta kongres tersebut yang mahukan kepastian kementerian yang akan mengambil alih Mara.

Mara ditubuhkan pada 1 Mac 1966 mengikut Akta Parlimen sebagai badan berkanun hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada 1965.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mendakwa Mara akan dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa kementerian membabitkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Mahathir berkata cadangan untuk mengagihkan peranan Mara kepada beberapa kementerian mendapat tentangan hebat dan menyebabkan kerajaan mengambil keputusan meletakkannya di bawah satu kementerian sahaja.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi bantuan secukupnya kepada Mara bagi memastikan agensi itu mencapai kejayaan dalam melaksanakan peranannya.

Kongres bertemakan ‘Mendepani Cabaran Bumiputera Dalam Malaysia Baharu' itu dihadiri lebih 2,500 peserta dan delegasi daripada pelbagai pihak berkepentingan Bumiputera. - Bernama

Mara

Artikel Sebelum

AirAsia tawar lima juta tempat duduk promosi

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain