Pemandu bas RapidKL rempuh kereta mengaku salah ambil dadah

KUALA LUMPUR: Pemandu bas henti-henti RapidKL yang merempuh beberapa kenderaan di Ampang, Selangor, Jumaat lepas, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengambil dadah.

Md Khairol Anuar Mohamad, 32, yang memakai baju T berwarna hitam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.

Mahkamah bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh kerana menunggu laporan patologi.

Tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine di dalam badannya di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,  Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini pada 7.40 malam, 17 Ogos lepas mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Amirul Asyraf Abdul Rasid mencadangkan wang jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

Isteri Md Khairol Anuar yang merupakan penjamin merayu supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu dengan alasan mereka perlu menyara seorang anak berusia lapan bulan selain kesihatannya juga tidak berapa baik kerana mengalami darah rendah dan masalah jantung.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept untuk sebutan semula kes itu..-- Bernama 


RapidKL, Khairol Anuar

Artikel Sebelum

ECRL, TSGP dibatalkan - PM

Artikel Berikut

Tun M nak gari Jho Low

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain