suria

Riza Aziz beri keterangan hari ketiga

PUTRAJAYA: Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz kembali lagi untuk hari ketiga bagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

Riza dilihat tiba lewat di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 11.10 minit menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam dan dipercayai ditemani peguamnya.

Pada Rabu, proses mengambil keterangan mengambil masa selama enam jam dan bersambung hari ini.

Petugas media pula tidak dibenarkan memasuki pekarangan bangunan apabila dimaklumkan terdapat program sedang berjalan di kawasan itu.

Riza, 41, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, yang didakwa menerbitkan filem lucah The Wolf Of Wall Street menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.

Pada 19 November 2012, Riza dilapor membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza hartanah tersebut dilengkapi dengan tujuh bilik bernilai RM110 juta.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition. - Sinar Online

Riza Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jamal tiba petang ini

Artikel Lain