suria

“Kalau ini harga yang saya terpaksa bayar…” - Najib

Najib di Mahkamah Tinggi pada Rabu. Foto AZMAN GHANI/The Star

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak reda dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau pada Rabu.

Katanya, beliau telah menjangkakan perkara tersebut dan menganggapnya sebagai harga yang perlu dibayar.

Menurut Najib, beliau berharap proses keadilan akan dijalankan dengan benar-benar adil mengikut lunas undang-undang.

Berikut merupakan kenyataan Najib ketika ditemui media di pekarangan mahkamah pada Rabu.

"Seperti mana diketahui umum, hari ini saya telah didakwa secara rasmi. Ia sesuatu yang telah saya jangkakan kerana itu kehendak kerajaan baharu.

"Kalau ini harga yang saya terpaksa bayar kerana 42 tahun saya berkhidmat untuk rakyat negara, maka saya reda.

"Apa yang saya sangat harap dan doakan bahawa proses keadilan ini benar-benar adil, ikut rule of law dalam erti kata sebenar.

"Saya yakin insyaAllah atas ketidak salahan saya. Ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya secara tuntas selepas ditohmah dan dituduh dengan begitu berat.

"Hari ini, hakim telah buat keputusan bahawa ada gag order atas kes ini, jadi saya hormati hakim dan saya tak boleh cakap lebih.

"Saya ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan pasukan keselamatan kerana telah beri layanan baik dan hormati saya sebagai bekas PM.

"Mudah-mudahan proses ini berjalan dengan baik. Saya harap rakyat dan penyokong saya bertenang.

"Saya juga kagum dengan kehadiran mereka untuk beri sokongan moral kepada saya. Walaupun saya tak buat sebarang gerakan tapi mereka datang dengan rela hati.

"Saya ucap terima kasih dan mudah-mudahan apa yang saya hasratkan secara peribadi ALLAH akan kabulkan doa dan hajat saya." - Sinar Harian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain