suria

Jeffrey ketua pembangkang sementara, Musa Aman...

Musa Aman.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan percaya bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan pulang ke negeri ini untuk mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).

Jelasnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu masih mempunyai masa untuk mengangkat sumpah sebagai Adun Sungai Sibuga memandangkan tempoh 120 hari daripada tarikh pembuangan undi (9 Mei) untuk berbuat demikian akan hanya berakhir pada bulan depan.

“Khabar angin mengatakan Tan Sri (Musa) akan hilang kerusi Sungai Sibuga (jika tidak pulang untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN) hanyalah spekulasi,” katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN di sini, Rabu.

Seorang wakil rakyat akan hilang kerusinya (di DUN) jika tidak mengangkat sumpah dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembuangan undi atau gagal menghadiri tiga sidang DUN tanpa sebab.

Musa tidak berada di Sabah sejak 14 Mei dan kini berada dI United Kingdom untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Jeffrey turut menyatakan beliau dipilih oleh anggota Gabungan Bersatu Sabah, termasuk wakil rakyat dari BN, untuk menjadi ketua pembangkang sementara Musa masih di luar negara ketika persidangan DUN itu. - Bernama

Musa Aman, Jeffrey Kitingan

Artikel Berikut

Artikel Lain