suria

Jenazah Adam Rayqal dikebumi di Kuala Terengganu

Bapa kepada bayi Adam Rayqal Mohd Sufi, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi ditenangkan oleh ahli keluarga ketika tiba di Institut Perubatan Forensik Negara, Rabu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Jenazah Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan yang mayatnya ditemui dalam peti ais di rumah pengasuhnya dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), pukul 3.06 petang Rabu.

Jenazah akan disemadikan di Kuala Terengganu pada Rabu malam.

Berbalut dengan kain batik, jenazah bayi dipangku ibunya, Farrah Madihah Othman, 28, menaiki Honda Jazz dipandu adik Farrah Madihah dengan ditemani bapa Allahyarham, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28 di tempat duduk belakang.

Turut mengiringi perjalanan anak syurga ini tiga lagi kenderaan milik ahli keluarga dan kesemua mereka dijangka tiba lewat petang ini di Terengganu.

Datuk saudara mangsa, Abdul Rahim Ismail, 54, berkata, jenazah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu.

Terdahulu, proses bedah siasat bermula kira-kira pukul 11 pagi berakhir kira-kira pukul 2.15 petang sebelum jenazah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan di IPFN HKL.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad juga turut tiba di IPFN HKL pada pukul 2.20 petang bagi melawat jenazah bayi berkenaan. - Sinar Harian

Adam Rayqal Mohd Sufi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain