suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Rayqal maut akibat cedera di kepala

Ibu kepada bayi Adam Rayqal Mohd Sufi, Farrah Madihah Othman tidak dapat menahan kesedihan ketika memangku jenazah anaknya di Institut Perubatan Forensik Negara pada Rabu. Foto Bernama

SHAH ALAM: Bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan, yang mayatnya ditemui dalam peti sejuk rumah pengasuhnya di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Batu Caves maut akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, menerusi laporan bedah siasat yang diterima daripada Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), bayi berkenaan didapati mengalami kesan retak pada tempurung kepala sebelah kiri.

"Mangsa juga turut mengalami pendarahan di sebelah kanan otaknya akibat daripada kecederaan dialami tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Fadzil berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek berkenaan bagi menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur penderaan dalam kes tersebut.

Beliau berkata, siasatan terperinci perlu dilakukan berikutan kenyataan suspek dilihat agak meragukan dan tidak selari dengan hasil laporan bedah siasat yang diterima.

"Kita perlu menjalankan siasatan menyeluruh kerana keputusan post mortem berlainan dengan kenyataan suspek. Dan kita masih siasat motif kes ini," katanya.

Terdahulu, proses bedah siasat ke atas mayat Adam Rayqal dilaporkan selesai kira-kira pukul 2.15 petang Rabu sebelum  jenazah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL. - Sinar Harian

Artikel Lain