Gantung bayi di cermin sisi kereta - Semasa | mStar

Gantung bayi di cermin sisi kereta

Bayi tersebut diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke HRPB bagi mendapatkan rawatan lanjut. (Kanan: Bayi tersebut ditemui dalam beg kertas yang tergantung di cermin sisi sebuah kereta.)

IPOH: Seorang bayi perempuan ditemui ditinggalkan dalam sebuah beg kertas di hadapan rumah pangsa Jalan Hospital di sini, tengah malam Selasa.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditinggalkan tergantung pada cermin sisi kereta sebelum ditemui pemilik kenderaan terbabit kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Bayi malang ditemui dalam keadaan kesejukan dan lapar selepas dipercayai ditinggalkan lebih empat jam sebelum ditemui.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias mengesahkan kejadian itu dan bayi berkenaan ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan. - Sinar Online

bayi , kereta

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah