suria

"Boleh kita lakukan dalam bahasa Inggeris?" - Tommy

PETALING JAYA: Peguam Negara, Tommy Thomas meminta proses pendakwaan kes rasuah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikendalikan dalam bahasa Inggeris.

Tommy yang bertindak sebagai pendakwa raya membuat permintaan itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu.

Apabila mengambil alih jawatan itu bulan lalu bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Tommy dikritik kerana didakwa kurang fasih dalam Bahasa Malaysia.

Malah Tommy sendiri mengakui dia perlu memperbaiki kelemahan bertutur dalam bahasa kebangsaan itu.

"Masalahnya dengan amalan swasta yang saya lalui selama 42 tahun, berurusan dengan klien, pada dasarnya klien komersial dan dokumen... Saya telah mengabaikan Bahasa (Malaysia) saya. Saya berjanji untuk memperbaikinya," kata Tommy.

Najib pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta.

Tommy Thomas, Peguam Negara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anwar keluar hospital

Artikel Lain