suria

Zulkifli dilantik Panglima ATM ke-20

Mohamad Sabu (tengah) menyaksikan majlis penyerahan tugas oleh Raja Mohamed Affandi (kiri) kepada Zulkifli pada Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan pada Rabu. Foto Low Boon Tat/The Star

KUALA LUMPUR: Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dilantik Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu menggantikan Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkuat kuasa Rabu.

Majlis Serah Terima Tugas antara Zulkifli dan Raja Mohamed Affandi yang bersara wajib disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.  

Zulkifli, 59, pernah memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 2011 sebelum dilantik Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2013. 

Anak kelahiran Port Weld, Perak itu memulakan khidmatnya dalam ATM pada 30 Januari 1978 dengan memasuki Rejimen Askar Melayu Diraja.

Selain itu, Zulkifli pernah menjadi jurulatih kanan di New Zealand Army Infantry School selama dua tahun, apabila beliau bertanggungjawab mengajar pegawai dan anggota tentera New Zealand serta negara-negara Komanwel yang lain dalam pengajian senjata, taktik dan peperangan menentang insurgensi.

Beliau juga pernah menjadi pensyarah dan jurulatih dalam pengajian pengurusan untuk pegawai tentera peringkat pertengahan di Institut Latihan dan Pengurusan Tentera Darat dari 1992 hingga 1993. - Bernama

ATM, Zulkifli Zainal Abidin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain