suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja bomoh ‘teropong’ kerusi PRU14

IPOH: ‘Raja Bomoh’ memberi bayangan bakal bertanding pada PRU14 ini.

Media tempatan melaporkan, 'Raja Bomoh' atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin bakal bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Dikhabarkan, Ibrahim berkemungkinan akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Teluk Intan dan DUN Manjoi.

Ibrahim mula dikenali selepas melakukan upacara mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 2014.

Dalam satu temuramah bersama The Sunday Times dari Singapura, Ibrahim mendakwa telah melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman sejak 70 lalu.

Raja Bomoh itu kembali mencetuskan kontroversi selepas melakukan upacara 'memagar' Malaysia daripada ancaman Korea Utara, berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.


Raja bomoh

Artikel Sebelum

Artikel Lain