Akhirnya Kee Chan pulang - Semasa | mStar

Akhirnya Kee Chan pulang

Kee Chan (depan, dua kanan) bersama ahli keluarga sambil diiringi Budiman dan Jamal tiba di Jeti Pantai Redang, Rabu. Foto Sinar Online

SUNGAI BESAR: Seorang nelayan Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana dipercayai menceroboh perairan negara itu kembali  ke pangkuan keluarganya, pukul 4.15 petang Rabu.

Chia Kee Chan, 52, ditahan 17 Februari 2016 dibebaskan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi bersetuju membebaskan mana-mana nelayan yang ditahan kerana menceroboh kawasan perairan masing-masing.

Kepulangan Kee Chan diiringi Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dengan menggunakan bot Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim).

Ketibaan Kee Chan disambut 200 saudara mara dan rakan yang menunggu sejak pukul 3 petang.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Suasana hiba bercampur gembira menyelubungi ahli keluarga Kee Chan terutama isteri, Yeo Su Hung, 45, dan ibu nelayan itu, Guay Noi, 82, sebaik bot tiba di Jeti Pantai Redang.

Kee Chan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 12 tengah hari semalam berkata,  dia berterima kasih kepada kerajaan berikutan pembebasannya awal lima bulan daripada tempoh sepatutnya.

“Saya tak sangka dapat balik ke Malaysia lebih awal. Terima kasih semua.. terima kasih BN,” katanya.

Su Hung berkata, pembebasan suaminya itu amat dinantikan seluruh ahli keluarganya.

“Hari ini (semalam) amat besar ertinya bagi kami sebab suami dah ada depan mata, dah lama menanti saat ini,” katanya.

Sementara itu, Budiman berkata, hasil kesepakatan Najib dan Jokowi itu, satu mesyuarat berhubung pembebasan nelayan telah diadakan di antara Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti pada 11 Januari lalu.

“Menerusi mesyuarat itu, kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk membebaskan nelayan negara ini secara berperingkat bermula Februari lalu.

“Saya juga sebelum ini telah mengambil inisiatif untuk membawa dan menemukan ahli keluarga nelayan ini di Penjara Labuhan Deli, Medan, Indonesia,” katanya.

Sementara itu, Jamal berkata, kerajaan sebelum ini turut berjaya membebaskan dua nelayan Sekinchan pada 2016 sewaktu PRK Parlimen Sungai Besar.

“Ini adalah pembebasan kali ketiga dan membuktikan kerajaan Persekutuan di bawah BN begitu mengambil berat soal pembebasan nelayan yang ditahan di Indonesia,” katanya.

Chia Kee Chan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Harga petrol, diesel kekal

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain